Wednesday, February 29, 2012

Forum Perdana "Kahwin Muda"




Assalamualaikum semua! Kali ini ana nak post sikit je. Tak banyak ana nak cerita. Ana baru je balik dari Forum Perdana bersama Ustaz Kazim Elias bersama Ustaz Hussam dan Ustaz Roslan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Tajuk forum kali ini ialah “KAHWIN MUDA : BAHAGIA ATAU DERITA”. Ia menekankan tentang menikahkan anak2, perkara yang kena dinikahkan, kehidupan suami isteri mengikut sunah nabi s.a.w , anak2 muda yang gatal, pikiran ibubapa yang terlalu mementingkan budaya dan isu2 maksiat yang sedang berleluasa.


suasana di Stadium Indera Mulia


SOALAN KEPADA USTAZ KAZIM ELIAS

Soalan : " Kalau kita nak nikah, tapi ibubapa tak bagi sebab kita tak bekerja dan macam amna nak jaga isteri dan anak nanti kalau takda duit. kalau takda duit nak jaga isteri dan anak berdosa kan? "



NIKAH GANTUNG

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

- Ustaz Kazim Elias.


“ Rakyat kita lebih mementingkan MELAYU daripada ISLAM “

Tuesday, February 21, 2012

Forum Perdana "Cinta Rasul"

Salam Ukhuwah. Ceramah lagi? Hehe. Yaaa, kali ini ceramah dengan Ustaz Kazim Ellias pulak! One of my idol ni. Actually, ana tau pasal forum ni pun last minute. On Monday, seperti biasa life as a student, pergi kelas. Lepas habis kelas, ontheway nak balik rumah tu lalu la kawasan manjoi. Tiba-tiba, nampak banner tentang forum kat pagar Pusat Pendidikan Al-Barakah. Ana pun terus text and tweet pasal forum ni kat mama and kawan-kawan ana. Ana balik je rumah siap-siap and solat asar terus pergi minum petang dengan kawan-kawan sambil tunggu maghrib. Ana solat dekat masjid Al-Mutaqqin Taman meru dulu. Forum tu diadakan dekat Masjid Ar-Rahman Sg. Tapah Manjoi bersama Ustaz Kazim Ellias, Ustaz Hussam dan Ustaz Harith Fadzilah.


After maghrib ana keseorangan terus ke masjid tu sebab nak dapatkan parking dekat. Hehe. Macam-macam orang jual kat sana, makanan, minuman, cd, kopiah, tasbih, dan pelbagai. Masa ana sampai tu, penduduk dan tetamu yang hadir tengah makan yang diuruskan oleh pihak pengurus. Makan percuma tu! Tapi ana tak makan, ana rasa kenyang lagi. Pertama kali dating masjid Ar-Rahman ni. Masjid ni dua tingkat. Ana ingat kan jemaah lelaki solat dekat bawah, ana pun masuk la. Rupa-rupanya bawah tu untung kaum hawa. Malu ana dibuatnya. Sebab ada satu masjid dekat area greentown yang ana selalu pergi tempat solat kaum hawa dekat atas. Haha. Setelah selesai solat, terus semua pakat ke khemah untuk ambil tempat duduk. Ana dapat duduk depan sekali. Tapi terpaksa ke baris no 2 kerana VIP nak duduk. Tunggu punya tunggu maka hadirlah penceramah idola ku lalu duduk di baris hadapan ana. Ana sempat bersalaman dengan Ustaz Kazim.


Forum pun telah bermula dan Ustaz Harith Fadzilah sebagai pengerusi manakala Ustaz Kazim dan Ustaz Hussam sebagai panel.(betul ke. Ntah). Ustaz Hussam ni ana tak pernah dengar (maklum la bru mendekatkan diri). Umurnya masih 21 nak masuk 22 tahun. Muda lagi ustaz ni. Tapiiii, masyaallah, penceramahan beliau sangat sedap dan bersemangat. Kelakar pun ade. Biasa la, jiwa muda. Penceritaan dia amat jelas, contoh dia amat jelas. Ustaz Hussam ni adalah anak kepada Mufti Kedah. Beliau juda merupakan Ikon Belia Perlis pada 2010 (kata Ustaz Kazim). Topik yang dibincangkan oleh pencermah ialah tentang Rasullullah S.A.W yang tercinta. Tenang kehidupan rasul, cabaran rasul, kesabaran rasul, kewafatan rasul dan cinta rasulullah dengan siti aishah. Kesimpulan forum ini diakhiri dengan ceramah dari Ustaz Kazim, beliau menceritakan saat-saat Rasullullah S.A.W sebelum wafat. Keadaan menjadi sunyi kerana semua kesedihan tentang permintaan dan pertanyaan Rasullulah S.A.W kepada malaikat Izrail dan Jibril. Air mata ana jatuh dan ana merasa ana ni sangat hina dan daif dimata Allah SWT. Rasullulah amat cintakan umatnya, tetapi kita selalu leka dan alpa.


Berilah Salam apabila bertemu

“ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABAROKATUH”

-Sejahtera ke atas kamu dengan rahmat dan keberkatan-NYA-



Saturday, February 18, 2012

2nd Plan yang indah

Salam Ukhuwah. Sebenarnya ana sedih sebab ana tak dapat pergi Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang berlangsung di PWTC. Firstly dapat tau pasal konvensyen tu dekat FB ( http://www.facebook.com/kfiqh ) dan terasa nak pergi sangat sebab memang tak pernah pergi event macam tu. Ana pun try la text kawan ana dan ajak dia pergi. Dia macam susah nak pergi sebab tiket dia mahal berharga RM300. Lepastu pihak penganjur membuat promosi menjual tiket dari RM300 ke RM100. Ana boleh bayar tiket tu tapi Ana takda duit sebab transport, minyak, tol dan makan minum. Ana pun try la minta kat mak ana. Tiba-tiba mak ana pun berminat nak pergi. Tapi bila dah nak beli tiket tu, promosi dia dah habis dan tak dapat la anak nak pergi sbb RM300 tu mahal sgt. Seminggu sebelum konvensyen tu, saudara ana ada tiket sebab dia tak jadi pegi atas sebab ada program lain. Ana pun dah syok sangat dah nakpergi, tapi tiket tu ade satu je. Takkan ana nak pergi sorang-sorang, jalan pun ana tatau. Maklum la, orang kampung tak reti naik LRT , Tren ni. (hihihi). Kalau naik kereta pulak, bagi ana kalau lepas tol jalan duta tu ana dah boleh declare sesat dah. Haha. Disebabkan tiket ada satu dan takda siapa boleh teman, ana terpaksa batalkan niat ana tu.


Hari sabtu bersamaan 18.2 adalah hari konvensyen tersebut, ana bangun solat subuh dengan keadaan sedih sebab tak dapat pergi sambil memikirkan apa nak buat hari ini. Kawan ana ada bagitau yang ada ceramah Ustaz Azhar Idrus pada hari ahad 19.2 .Seperti biasa hari sabtu, masa diisi dengan solat zuhur di masjid, balik rumah makan tengah hari then baring baca novel “Sejarah 25 Rasul”. Elok-elok tengah baca tu, kawan ana call dan bagitau yang ceramah tu sebenarnya hari ini dan ajak pergi sekali lepas asar. Ana pun terkejut dan macam tak prepare apa-apa tapi ana nak pergi jugak. Ana pun siap-siap then terus ke masjid untuk solat asar. Selesai solat ana ke rumah kawan ana dan gerak bersama dengan keluarganya.

Alhamdulillah ana selamat sampai di Surau Madah, Seri Manjung Perak. Time solat maghrib agak sesak sebab surau tu kecil dan imam terpaksa keluar dan solat diluar. Tempat ambil wuduk pun sikit so ana kena baris. Elok time ana ambil wuduk, solat berjemaah tu dah selesai dah. Jadi ana dan kawan ana solat sendirian. Lepas je solat, kami bergegas ke padang untuk mengambil tempat duduk. Kami dapat duduk dekat dengan Ustaz Azhar Idrus. Kira lima baris dari hadapan la. First time tengok depa-depan. Selalu tengok kat vcd dan youtube je. Perghh, handsome muka Ustaz, suci je tgk, licin je kulit (puji lebih sikit ni). Maka berlangsung lah ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang Nabi Muhammad S.A.W.




Ahad 19.2.2012, Konsert Khalifah Seni akan diadakan di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib Marina Island, Lumut Perak. Antara yang hadir ialah Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze, Bob (Ku2) dan ramai lagi pada pukul 8.00pm. Moh kite ke sanee!


"Umat paling mulia bagi Nabi Muhammad S.A.W adalah umat yang tidak pernah lihat , bertemu, bercakap dengan Nabi Muhammad S.A.W tetapi mencintainya"



Thursday, February 16, 2012

Voucher RM200 Buku 1Malaysia

Assalamualaikum WBT. Post kali ini saya nak sembang sikit pasal voucher buku 1Malaysia sebanyak RM200 yg diberi oleh kerajaan kepada student IPTA,IPTS dan Politeknik. Alhamdulillah, bukan senang ye dak nak dpt duit free ni. Hehe. Macam-macam kita boleh beli dekat kedai buku seperti MPH, Popular dan sewaktu dengannya. Minggu lepas saya pergi ke MPH Jaya Jusco, Ipoh untuk habiskan voucher ni. Tapi saya gunakan RM100 je. Then, semalam pergi ke S.S Mubarak dekat pekan Ipoh. Alhamdulilah, kali ni banyak sikit buku ilmu dapat saya beli dan tambah sikit cash RM20.

MPH Kinta City, Ipoh


S.S Mubarak, Ipoh



"Perkara yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kita sendiri"Assalamualaikum. May Peace be upon you :)




Tuesday, February 14, 2012

Ceramah Perdana di Masjid Al-Mutaqqin




Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul 1433 H di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru , Ipoh.


Assalamualaikum WBT. Saya baru lepas pergi ke ceramah perdana tadi dekat Masjid Al-Muttaqin Taman Meru Ipoh. Ceremah Perdana ni sempena Maulidur Rasul 1433 H yang di sampaikan oleh Ustaz HJ Haslin Bin Baharin. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haslin ni sangat-sangat ‘best’ dan penyampaian dia sangat terang. Bacaan doa, hadis, ceritanya kebanyakkannya melodi Hindustan, seolah-olah macam menyanyi. Sungguh merdu dan sedap didengar. Cara beliau menyampaikan ceramah membuat para hadirin tak mengantuk. Ini pertama kali saya menghadiri ceramah dari beliau dan membuat saya terasa nak pergi lagi ceramahnya. pendek kata *thumbs up.


Ustaz HJ Haslin bin Baharin


Antara Konteks ceramah :-

Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW tidak mempunya sifat benci. Walaupun Abu Lahab membenci Nabi Muhammad SAW dan sering meninggi/ menengking Nabi Muhammad SAW, Nabi Muhammad SAW tidak pernah membenci Abu Lahab

Menyayangi isteri. Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi Siti Aishah. Nabi Muhammad SAW tidak pernah marah dan meninggikan suaranya. Nabi Muhammad SAW pernah mengangkat Siti Aishah dan biarkan Siti Aishah duduk atas bahunya kerana Siti Aishah nak tgk perlawanan gusti/sumo orang parsi sehingga bahu Nabi Muhammad SAW melecet dan dia tidak pernah memarahi isterinya

Di Negara kita sering memarahi kanak-kanak yang bising,berlari,bermain di masjid apabila kita mengerjakan solat. Tetapi, Nabi Muhammad SAW tidak pernah memarahi mereka malah mengajar mereka memanah supaya mereka tidak mengganggu solat.

Nabi Muhammad SAW berjiwa rakyat. Nabi Muhammad SAW sentiasa menolong rakyat dan memberikan pertolongan kepada mereka.

Tok Siak menyerang Nabi Muhammad SAW lalu berkata :-

“Wahai Muhammad, kampungku sudah sekian lama tidak dituruni hujan. Turunkanlah hujan di kampungku!! “

Maka Nabi Muhammad SAW pun berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan dikampung Tok Siak itu. Doanya termakbul maka turunlah hujan membasahi kampung itu.

Tiba-tiba dating lagi Tok Siak itu lalu berkata :-

“Hoi Muhammad !! hujan yang kau minta itu membanjiri kampungku!!”

*disini kita dapat lihat bahawa manusia tidak pernah puas dan bersyukur.


gambar-gambar :


"Kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu"

ASSALAMUALAIKUM :)


*kalau ada salah dan silap, silalah tegur.

Saturday, February 11, 2012

Allah has provided us much bounty,

Allah has provided us much bounty, with a click of a button, we can learn more about Islam than we ever thought possible. Allah has blessed us with infinite amount of resources where, subhanAllah, we can sit in the comforts of our own home and learn Islam.

If we were to go back fifty years ago, people had to leave their homes for centuries, travel far distances, and even sacrifice their wealth in order to learn something of Islam.

Now, we have youtube and twitter and tumblr and facebook and websites of all sorts and PDF’s in which we don’t even have to buy the books anymore, it just simply appears on our screens.

Use this to your advantage; use this opportunity to learn Islam for yourself in order that you may assess what Allah has revealed in Quran. Use these infinite amount of resources and push yourself forward in terms of knowledge.

There is so much to be learned and so much that we need to do; start here. Pledge to yourself that today will be the day you’ll acknowledge the Mightiness of Allah and His sustenance upon you, and use it brothers and sisters, use it.

- "The Beauty of Islam"

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul

DOA MAULIDUR RASUL

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam,Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami,Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. Ya. Allah Ya Tuhan kamiDi hari yang barakah ini, kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhinggaDi atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya.Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman,yang bertakwa, berillmu, beraklak mulia,Agar denganya Ya Allah, hidup kami sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami,Sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul ini,kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kamidan seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah kembalikepada-Mu Ya Allah.