Thursday, March 8, 2012

Manusia Akhir Zaman

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Di akhir zaman , pasar Muslim semakin malu nak ikut cara Rasulullah SAW. sama ada mereka tak tahu atau nak buat akan DITUDUH RIAK.

Man: Bukan ke orang yang pergi haji je pakai serban nih? Dan bukan ke orang yang pakai jubah ni Tok Imam je?

Daud: Tak semestinya, pakailah semasa solat, pahalanya berlipat kali ganda. Jubah warna putih adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW tau.

Apabila dah tahu eloklah diamalkan, semoga menarik orang lain untuk turut mengamalkannya.

Perkara yang baik pada akhir zaman ini , ibarat sesuatu yang ganjil pada pandangan mereka yang jahil.

Mat: Assalamualaikum, jom pergi masjid solat berjemaah. / jom ke kuliah agama.

Abu: ek eleh, bajet baik sangat le tu ajak pergi masjid/kuliah.


Kadang-kadang orang akan peril kita seperti memanggil kita ‘Ustaz’ apabila berpakaian jubah dan serban. Tetapi perkara yang mungkar, contoh – Tidak solat, Berpakaian tidak menutup aurat, jadi seolah-olah perkara biasa dalam masyarakat.

Bukankah Nabi SAW pernah beritahu, mereka yang mengamalkan sunnahnya di akhir zaman, pahalanya adalah seperti pahala syahid. Jangan malu dan jangan segan mengamalkan sunnahnya. Biar apa orang kata, kita pikir hanya Allah SWT dan Rasullullah SAW . Allahuakhbar.


“ Jangan kita hanya bersungguh mengamalkan sunnah Rasullullah SAW tapi kita melupakan perkara yang wajib”