Friday, April 27, 2012

Jalan-Jalan Cari Masjid : Taiping & Kuala Kangsar


Assalamualaikum dan salam ukhwah sahabat-sahabat sekalian. Ana baru sahaja melakukan Aktiviti Jalan-Jalan Cari Masjid : Taping & Kuala Kangsar pada hari Rabu bersamaan 25/4/2012 sambil menyebarkan risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyyah. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar. Cuaca pun amat cantik. Tiada masalah atau halangan yang melanda. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Harris Fitri kerana bersama-sama menjayakan dan menemani ana.

10.00am
Ana mengambil Harris Fitri dirumahnya lalu mengisi minyak di Jalan Kuala. Sebelum bertolak, kami agak lapar dan lalu kami ke “drive-thru McDonalds”. Hehe. Kami makan dalam kereta dan terus ke taiping.

11.30am
Kami tiba di Taiping dan masjid pertama kami lawati ialah Masjid India Taiping. Masjid ini terletak di perimpangan Jalan Lama dan Jalan Taming Sari khusus untuk masyarakat India-Muslim.  Tiles yang digunakan amat cantik. Kilat dan bersih. Kami sempat berjumpa dengan Imam masjid berkenaan dan memberi risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyah.




12.00pm
Kami singgah di Masjid Kota Lama @ Masjid Melayu Bandar Taiping. Pintunya sentiasa ditutup. Mungkin sebab belum masuk waktu lagi. Bangunan ni amat lama. Ia dibina pada 1893 oleh Ngah Ibrahim. Bangunan asal ialah madrasah yang berstrukturkan kayu. Seni bina ini banyak mengikut struktur seni Belanda.



12.30pm
Kami terus ke Masjid Daerah Taiping. Masjid ni paling besar kawasannya dan dalam di agak luas. Terletak di tengah-tengah pecan dan berhampiran dengan Stesen Bas Taiping.  Kami terus melakukan Solat Tahiyyatul Masjid dan menunggu solat Zuhur. Selepas selesai Solat Zuhur berjemaah disitu, ana terus bertanya kepada Imam masjid untuk menyebarkan risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyyah. Imam masjid pertemukan saya dengan AJK Masjid. Lalu AJK Masjid menunjukkan ruang papan kenyataan untuk melekatkan risalah itu. AJK Masjid disini amat ramah dan baik orangnya.





2.30pm
Akibat terlalu lapar, kami berpusing-pusing mencari kedai makan yang sedap di daerah ini. Ana terus menelifon saudara ana menanyakan tempat makan yang sedap. Lalu ana ke tempat yang diceritakan. Nama kedainya Minang Resto Masakan Padang. Tapi sayangnya, mungkin tiada rezeki, lauk-pauknya sudah habis.  Lalu ana memutuskan untuk ke Doli Kuey Tiaw Goreng. Nama kedainya menunjukkan yang specialitinya adalah Kuey Tiaw Goreng. Tapi kami makan Nasi Ayam je. Hehe.



Sebelum ke KK, kami singgah disini untuk letakkan Risalah

4.00pm
Kami tiba di Kuala Kangsar dan terus mencari Masjid yang dikatakan terindah di Malaysia, iaitu Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Tibanya kami disana, subhannallah, benar dikatakan oleh mereka, Masjid-nya begitu indah. Kami amat terpegun dengan warna dan seni bina masjid ini.  Kubahnya dibuat daripada Emas. Kami pun terus menangkap gambar dan terus ke-dalam masjid untuk mengambil wuduk. Kami agak sesat untuk mencari tempat wuduk, lalu ada Pakcik yang rumahnya bersebelahan dengan masjid yang bernama Mior Ahmad menunjukkan tempat ambil wuduk. Orangnya begitu peramah. Katanya dari tahun 70-an beliau solat di Masjid ini. Selepas selesai solat Asar berjemaah, kami terus menyebarkan risalah.





5..30pm
Kami makan petang di Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar.



7.00pm
Kami tiba di Masjid Sultan Idris Shah II untuk Solat Maghrib dan merupakan destinasi terakhir aktivit kami.




“Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu. (HR Muslim)

Tuesday, April 24, 2012

Cerita dan Soalan

Assalamualaikum sahabat kalian. Sudah lama ana tak post kan? Ana sibuk sangat dengan final exam dan program kolej. Alhamdulillah, exam final semester 4 dah habis dan ana dah cuba yang terbaik. Ana cuti semester ni dalam 2 bulan tau! Tapi ana cuti 3 minggu je sebab ana ambik short course.
Post kali ini ana nak jawab soalan-soalan yang sering sahabat-sahabat ana tanya kepada ana. Kita boleh berkongsi pengalaman dan ilmu.

“Macam mana kau dapat hidayah dan bila?”

Seperti kita dengar dan pengalaman, bila kita dapat hidayah, mesti kite bermimpi atau sesuatu terjadi. Perkara begini sering kita dengar.  Tapi lain bagi ana, percaya atau tak, ana tidak mepunyai mimpi atau kejadian pelik berlaku. Macam mana ana dpt hidayah?  Alhamdulillah, atas kehendak dan bantuan illahi, ana mempunyai kesedaran. Kita tak perlu tunggu hidayah dating baru kita nak berubah, kita perlu cari hidayah itu sendiri.  Macam Ustaz Azhar Idurs cakap “Kalau kita makan, takkan kita nak tunggu nasi tu masuk dalam mulut sendiri, mesti kita usaha , ambil dan suap”. Alhamdulilah, atas usaha dan kesedaran.

“Kau selalu belajar, dapat ilmu, berubah macam mana?”

Ana banyak mendengar ceramah-cermah di dvd, cd, youtube dan di masjid-masjid. Antara penceramah yang anak selalu dengar ialah Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Mohd Asri dan Ustaz Zaharuddin.  


Ana juga banyak baca blog-blog tentang Islam samada dari Malaysia atau dari luar Negara. Buku ilmiah jugak dapat membantu ana. Banyak info ana dapat melalui buku-buku ilmiah.  Antaranya Majalah Solusi, Q&A,  buku panduan fardhu ain dan sebagainya.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."




“Kenapa kau selalu post tentang agama padahal banyak copy paste?”

Sebagai seorang Islam, berdakwah adalah tuntutan agama kita. Selagi ia adalah ilmu agama islam , ia tidak kira ia adalah copy paste atau tidak. Yang penting adalah isi untuk dikongsi bersama dan saling ingat  mengingati. Dakwah adalah sesuatu yang melekat pada diri Muslim sehingga tidak ada alasan sedikit pun bagi seseorang, bahkan hanya memiliki sedikit pengetahuan yang benar dan bermanfaat, untuk menghindari dari tugas-tugas dakwah sebagaimana sabda Rasulullah SAW, 

“ Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (H.R Bukhari).



Tetapi, dalam perubahan kita ke arah kebaikan, masih ada manusia-manusia membenci kita dan kurang senang dengan perubahan kita. Ada mengutuk, ada yang memerli, ada yang lari dari kita. Tapi ana tidak peduli kerana ana mementingkan tuntutan kita sebagai seorang Islam.  Alhamdulillah, ana sudah sedar dan alhamdulillah kerana mempunyai keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang banyak memberi nasihat dan membantu ana. Masih banyak ana perlu pelajari dan ana masih perlahan dalam perubahan ini. Doakan ana sentiasa ye :). Salam Ukhwah