Friday, April 27, 2012

Jalan-Jalan Cari Masjid : Taiping & Kuala Kangsar


Assalamualaikum dan salam ukhwah sahabat-sahabat sekalian. Ana baru sahaja melakukan Aktiviti Jalan-Jalan Cari Masjid : Taping & Kuala Kangsar pada hari Rabu bersamaan 25/4/2012 sambil menyebarkan risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyyah. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar. Cuaca pun amat cantik. Tiada masalah atau halangan yang melanda. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Harris Fitri kerana bersama-sama menjayakan dan menemani ana.

10.00am
Ana mengambil Harris Fitri dirumahnya lalu mengisi minyak di Jalan Kuala. Sebelum bertolak, kami agak lapar dan lalu kami ke “drive-thru McDonalds”. Hehe. Kami makan dalam kereta dan terus ke taiping.

11.30am
Kami tiba di Taiping dan masjid pertama kami lawati ialah Masjid India Taiping. Masjid ini terletak di perimpangan Jalan Lama dan Jalan Taming Sari khusus untuk masyarakat India-Muslim.  Tiles yang digunakan amat cantik. Kilat dan bersih. Kami sempat berjumpa dengan Imam masjid berkenaan dan memberi risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyah.




12.00pm
Kami singgah di Masjid Kota Lama @ Masjid Melayu Bandar Taiping. Pintunya sentiasa ditutup. Mungkin sebab belum masuk waktu lagi. Bangunan ni amat lama. Ia dibina pada 1893 oleh Ngah Ibrahim. Bangunan asal ialah madrasah yang berstrukturkan kayu. Seni bina ini banyak mengikut struktur seni Belanda.



12.30pm
Kami terus ke Masjid Daerah Taiping. Masjid ni paling besar kawasannya dan dalam di agak luas. Terletak di tengah-tengah pecan dan berhampiran dengan Stesen Bas Taiping.  Kami terus melakukan Solat Tahiyyatul Masjid dan menunggu solat Zuhur. Selepas selesai Solat Zuhur berjemaah disitu, ana terus bertanya kepada Imam masjid untuk menyebarkan risalah Sekolah Pondok Ad-Deeniyyah. Imam masjid pertemukan saya dengan AJK Masjid. Lalu AJK Masjid menunjukkan ruang papan kenyataan untuk melekatkan risalah itu. AJK Masjid disini amat ramah dan baik orangnya.





2.30pm
Akibat terlalu lapar, kami berpusing-pusing mencari kedai makan yang sedap di daerah ini. Ana terus menelifon saudara ana menanyakan tempat makan yang sedap. Lalu ana ke tempat yang diceritakan. Nama kedainya Minang Resto Masakan Padang. Tapi sayangnya, mungkin tiada rezeki, lauk-pauknya sudah habis.  Lalu ana memutuskan untuk ke Doli Kuey Tiaw Goreng. Nama kedainya menunjukkan yang specialitinya adalah Kuey Tiaw Goreng. Tapi kami makan Nasi Ayam je. Hehe.



Sebelum ke KK, kami singgah disini untuk letakkan Risalah

4.00pm
Kami tiba di Kuala Kangsar dan terus mencari Masjid yang dikatakan terindah di Malaysia, iaitu Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Tibanya kami disana, subhannallah, benar dikatakan oleh mereka, Masjid-nya begitu indah. Kami amat terpegun dengan warna dan seni bina masjid ini.  Kubahnya dibuat daripada Emas. Kami pun terus menangkap gambar dan terus ke-dalam masjid untuk mengambil wuduk. Kami agak sesat untuk mencari tempat wuduk, lalu ada Pakcik yang rumahnya bersebelahan dengan masjid yang bernama Mior Ahmad menunjukkan tempat ambil wuduk. Orangnya begitu peramah. Katanya dari tahun 70-an beliau solat di Masjid ini. Selepas selesai solat Asar berjemaah, kami terus menyebarkan risalah.





5..30pm
Kami makan petang di Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar.



7.00pm
Kami tiba di Masjid Sultan Idris Shah II untuk Solat Maghrib dan merupakan destinasi terakhir aktivit kami.




“Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu. (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment