Tuesday, February 14, 2012

Ceramah Perdana di Masjid Al-Mutaqqin




Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul 1433 H di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru , Ipoh.


Assalamualaikum WBT. Saya baru lepas pergi ke ceramah perdana tadi dekat Masjid Al-Muttaqin Taman Meru Ipoh. Ceremah Perdana ni sempena Maulidur Rasul 1433 H yang di sampaikan oleh Ustaz HJ Haslin Bin Baharin. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haslin ni sangat-sangat ‘best’ dan penyampaian dia sangat terang. Bacaan doa, hadis, ceritanya kebanyakkannya melodi Hindustan, seolah-olah macam menyanyi. Sungguh merdu dan sedap didengar. Cara beliau menyampaikan ceramah membuat para hadirin tak mengantuk. Ini pertama kali saya menghadiri ceramah dari beliau dan membuat saya terasa nak pergi lagi ceramahnya. pendek kata *thumbs up.


Ustaz HJ Haslin bin Baharin


Antara Konteks ceramah :-

Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW tidak mempunya sifat benci. Walaupun Abu Lahab membenci Nabi Muhammad SAW dan sering meninggi/ menengking Nabi Muhammad SAW, Nabi Muhammad SAW tidak pernah membenci Abu Lahab

Menyayangi isteri. Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi Siti Aishah. Nabi Muhammad SAW tidak pernah marah dan meninggikan suaranya. Nabi Muhammad SAW pernah mengangkat Siti Aishah dan biarkan Siti Aishah duduk atas bahunya kerana Siti Aishah nak tgk perlawanan gusti/sumo orang parsi sehingga bahu Nabi Muhammad SAW melecet dan dia tidak pernah memarahi isterinya

Di Negara kita sering memarahi kanak-kanak yang bising,berlari,bermain di masjid apabila kita mengerjakan solat. Tetapi, Nabi Muhammad SAW tidak pernah memarahi mereka malah mengajar mereka memanah supaya mereka tidak mengganggu solat.

Nabi Muhammad SAW berjiwa rakyat. Nabi Muhammad SAW sentiasa menolong rakyat dan memberikan pertolongan kepada mereka.

Tok Siak menyerang Nabi Muhammad SAW lalu berkata :-

“Wahai Muhammad, kampungku sudah sekian lama tidak dituruni hujan. Turunkanlah hujan di kampungku!! “

Maka Nabi Muhammad SAW pun berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan dikampung Tok Siak itu. Doanya termakbul maka turunlah hujan membasahi kampung itu.

Tiba-tiba dating lagi Tok Siak itu lalu berkata :-

“Hoi Muhammad !! hujan yang kau minta itu membanjiri kampungku!!”

*disini kita dapat lihat bahawa manusia tidak pernah puas dan bersyukur.


gambar-gambar :


"Kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu"

ASSALAMUALAIKUM :)


*kalau ada salah dan silap, silalah tegur.

No comments:

Post a Comment