Tuesday, February 21, 2012

Forum Perdana "Cinta Rasul"

Salam Ukhuwah. Ceramah lagi? Hehe. Yaaa, kali ini ceramah dengan Ustaz Kazim Ellias pulak! One of my idol ni. Actually, ana tau pasal forum ni pun last minute. On Monday, seperti biasa life as a student, pergi kelas. Lepas habis kelas, ontheway nak balik rumah tu lalu la kawasan manjoi. Tiba-tiba, nampak banner tentang forum kat pagar Pusat Pendidikan Al-Barakah. Ana pun terus text and tweet pasal forum ni kat mama and kawan-kawan ana. Ana balik je rumah siap-siap and solat asar terus pergi minum petang dengan kawan-kawan sambil tunggu maghrib. Ana solat dekat masjid Al-Mutaqqin Taman meru dulu. Forum tu diadakan dekat Masjid Ar-Rahman Sg. Tapah Manjoi bersama Ustaz Kazim Ellias, Ustaz Hussam dan Ustaz Harith Fadzilah.


After maghrib ana keseorangan terus ke masjid tu sebab nak dapatkan parking dekat. Hehe. Macam-macam orang jual kat sana, makanan, minuman, cd, kopiah, tasbih, dan pelbagai. Masa ana sampai tu, penduduk dan tetamu yang hadir tengah makan yang diuruskan oleh pihak pengurus. Makan percuma tu! Tapi ana tak makan, ana rasa kenyang lagi. Pertama kali dating masjid Ar-Rahman ni. Masjid ni dua tingkat. Ana ingat kan jemaah lelaki solat dekat bawah, ana pun masuk la. Rupa-rupanya bawah tu untung kaum hawa. Malu ana dibuatnya. Sebab ada satu masjid dekat area greentown yang ana selalu pergi tempat solat kaum hawa dekat atas. Haha. Setelah selesai solat, terus semua pakat ke khemah untuk ambil tempat duduk. Ana dapat duduk depan sekali. Tapi terpaksa ke baris no 2 kerana VIP nak duduk. Tunggu punya tunggu maka hadirlah penceramah idola ku lalu duduk di baris hadapan ana. Ana sempat bersalaman dengan Ustaz Kazim.


Forum pun telah bermula dan Ustaz Harith Fadzilah sebagai pengerusi manakala Ustaz Kazim dan Ustaz Hussam sebagai panel.(betul ke. Ntah). Ustaz Hussam ni ana tak pernah dengar (maklum la bru mendekatkan diri). Umurnya masih 21 nak masuk 22 tahun. Muda lagi ustaz ni. Tapiiii, masyaallah, penceramahan beliau sangat sedap dan bersemangat. Kelakar pun ade. Biasa la, jiwa muda. Penceritaan dia amat jelas, contoh dia amat jelas. Ustaz Hussam ni adalah anak kepada Mufti Kedah. Beliau juda merupakan Ikon Belia Perlis pada 2010 (kata Ustaz Kazim). Topik yang dibincangkan oleh pencermah ialah tentang Rasullullah S.A.W yang tercinta. Tenang kehidupan rasul, cabaran rasul, kesabaran rasul, kewafatan rasul dan cinta rasulullah dengan siti aishah. Kesimpulan forum ini diakhiri dengan ceramah dari Ustaz Kazim, beliau menceritakan saat-saat Rasullullah S.A.W sebelum wafat. Keadaan menjadi sunyi kerana semua kesedihan tentang permintaan dan pertanyaan Rasullulah S.A.W kepada malaikat Izrail dan Jibril. Air mata ana jatuh dan ana merasa ana ni sangat hina dan daif dimata Allah SWT. Rasullulah amat cintakan umatnya, tetapi kita selalu leka dan alpa.


Berilah Salam apabila bertemu

“ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABAROKATUH”

-Sejahtera ke atas kamu dengan rahmat dan keberkatan-NYA-



No comments:

Post a Comment