Wednesday, February 29, 2012

Forum Perdana "Kahwin Muda"




Assalamualaikum semua! Kali ini ana nak post sikit je. Tak banyak ana nak cerita. Ana baru je balik dari Forum Perdana bersama Ustaz Kazim Elias bersama Ustaz Hussam dan Ustaz Roslan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Tajuk forum kali ini ialah “KAHWIN MUDA : BAHAGIA ATAU DERITA”. Ia menekankan tentang menikahkan anak2, perkara yang kena dinikahkan, kehidupan suami isteri mengikut sunah nabi s.a.w , anak2 muda yang gatal, pikiran ibubapa yang terlalu mementingkan budaya dan isu2 maksiat yang sedang berleluasa.


suasana di Stadium Indera Mulia


SOALAN KEPADA USTAZ KAZIM ELIAS

Soalan : " Kalau kita nak nikah, tapi ibubapa tak bagi sebab kita tak bekerja dan macam amna nak jaga isteri dan anak nanti kalau takda duit. kalau takda duit nak jaga isteri dan anak berdosa kan? "



NIKAH GANTUNG

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

- Ustaz Kazim Elias.


“ Rakyat kita lebih mementingkan MELAYU daripada ISLAM “

No comments:

Post a Comment